Tutup Hati Pada Lelaki, Rita Rudaini Serah Jodoh Pada Takdir Tuhan

Baru-baru ini, perjuangan Rita Rudaini demi mendapatkan haknya sebagai wanita selepas bercerai berakhir dengan berita gembira. Bagaimanapun, pengalaman perit yang dilaluinya membuatkan dia menutup hati untuk mana-mana lelaki mahu menjadikan dirinya isteri mahupun kekasih.

“Jujur saya katakan, saya tak nak kahwin lagi. Bukan sebab saya frust atau apa tapi kerana saya sudah penat. Itu sahaja. Lagipun fokus saya sekarang hanyalah untuk membesarkan anak-anak semata-mata kerana kalau saya kahwin pun memang tidak akan ada lelaki yang boleh sayang anak saya seperti anak mereka sendiri”

“Terus-terang hati saya sudah tertutup rapat untuk mana-mana lelaki dan saya memang tak ada hati langsung, hinggakan nak tenguk lelaki pun saya tak lalu. Tapi saya tak berani nak cakaplah. Jika Tuhan kata jodoh saya kena kahwin juga nanti,berserah sajalah,” jelasnya kepada portal Murai.

Tambah pelakon ini, dia mengakui ada lelaki yang cuba mendekatinya namun ia akan ditolak dengan baik malah turut berpesan agar lelaki lain tidak cuba untuk memikatnya lagi. Amboi, tertutup betul nampaknya pintu hati Rita pada lelaki. (rtky/s)

0 Response to "Tutup Hati Pada Lelaki, Rita Rudaini Serah Jodoh Pada Takdir Tuhan"

Post a Comment