Bekas pengikut kumpulan al-Arqam dilaporkan terus menunggu di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di Alor Setar, hari ini untuk menziarahi balu bekas pemimpin al-Arqam, Allahyarham Ashari Muhammad yang kini dalam keadaan tenat.

Bekas pengikut kumpulan al-Arqam dilaporkan terus menunggu di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di Alor Setar, hari ini untuk menziarahi balu bekas pemimpin al-Arqam, Allahyarham Ashari Muhammad yang kini dalam keadaan tenat.

Portal Sinar Harian Online melaporkan tinjauannya mendapati sebahagian mereka datang seawal jam 8.30 pagi bagi melawat Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan ‘bonda Ummu Jah’.

Balu pemimpin kumpulan al-Arqam yang diharamkan itu dimasukkan ke sebuah hospital di Australia Khamis lalu sebelum dipindahkan ke hospital swasta berkenaan sejak Sabtu lalu.

Menurut portal itu, yang memetik sumber, doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa Ummu Jah mengalami koma akibat kematian otak dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Keadaan Ummu Jah juga dilaporkan tenat dan tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif berbanding hari sebelumnya.

“Hospital masih menanti keputusan ahli keluarga terdekat untuk menghentikan mesin bantuan pernafasan itu sebelum menghantarnya pulang ke Kampung Temalang, Mukim Putat, Jitra,” kata sumber yang dipetik Sinar Harian.

Pada November 2013, Hatijah Aam dan kira-kira 300 pengikutnya menyertai upacara istitabah (taubat) anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa cuba menghidupkan semula kumpulan itu .

0 Response to "Bekas pengikut kumpulan al-Arqam dilaporkan terus menunggu di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di Alor Setar, hari ini untuk menziarahi balu bekas pemimpin al-Arqam, Allahyarham Ashari Muhammad yang kini dalam keadaan tenat."

Post a Comment