BIAR BETUL!! Ibarat Langit Dan Bumi,Inilah Perbezaan Paling Ketara 5 Wajah Artis Terkenal Hollywood Sebelum Terkenal Yang Semestinya MENGEJUTKAN Anda!! #3 Pasti Anda Akan Berkata Ianya Edit Semata-mata!!

$Artis juga sama seperti manusia biasa, mereka turut melalui transisi atau perubahan gaya hidup dan wajah terutama dari waktu kecil hinggalah sekarang sudah popular.

Jadi pernahkah anda bayangkan bagaimana rupa atau wajah artis kesayangan anda ketika mereka masih kecil?

Adakah wajah mereka dahulu sebelum menjadi artis memang sedia sempurna cantik seperti dalam kaca televisyen atau layar perak?

Nak tahu bagaimana? Kali ini Murai dedahkan 5 wajah artis antarabangsa sebelum mereka menjadi selebriti iaitu sewaktu mereka masih kecil.

Avril Lavigne

Sekali pandang, kita pasti tak percaya ini adalah wajah kepada penyanyi Avril Lavigne. Gayanya dulu sewaktu kecil yang agak nerd memakai cermin mata besar dan berambut pendek itu memang jauh beza dengan penampilan dan imejnya sekarang sebegai artis. Umum ketahui Avril dikenali dengan imej yang berambut panjang dan berpakaian ala gothic. Tapi wajah kanak-kanak Avril ini masih comel!

Brad Pitt

Bila lihat wajah pemilik nama lengkap William Bradley Pitt ini sewaktu kecil, siapa sangka dia boleh jadi terkenal dan kacak sekarang bukan? Wajah berpetak Brad Pitt kini sering menjadi kegilaan peminat wanita yang gila bayang. Brad Pitt memulakan kariernya di layar lebar pada 1987 dalam filem 'No Way Out, 'No Man's Land' dan 'Less Than Zero'. Filmnya yang paling berjaya secara komersial adalah 'Troy' (2004) dan 'Mr. & Mrs. Smith' (2005).

Megan Fox

Wajah Megan Fox sewaktu kecil dan sekarang kelihatan seperti tidak banyak bezanya. Malah dari kecil hingga sekarang dia masih mengekalkan imej rambut panjang yang membuatkan dia kelihatan sentiasa ayu. Artis ini memulakan kariernya sebagai model setelah memenangi banyak penghargaan di American Modeling and Talent Convention pada 1999. Karier profesionalnya sebagai aktris dimulai pada 2001 saat membintangi 'Hope & Faith' sebagai pemain pendukung. Namun filem yang membuat semua lelaki tergila-gilakan adalah 'Transformers'.

Leonardo Dicaprio

Nampaknya wajah aktor bernama lengkap Leonardo Wilhelm DiCaprio ini dari kecil lagi sudah kacak dan sangat comel! Tak banyak beza rupanya ketika kecil dengan sekarang, Cuma dia kini lebih kacak dan bergaya sahaja. Hero filem Titanic yang lahir pada 11 November 1974 di Los Angeles, California, Amerika Serikat ini memulakan kariernya dengan membintangi sejumlah iklan dan filem pendidikan pada awal 1990-an.

Lady Gaga

Pasti anda tidak akan cam dengan wajah artis yang bernama Lady Gaga ini bukan? Apatah lagi hendak bayangkan bagaimana rupanya sewaktu kecil. Nah kami dedahkan wajah sebenarnya sewaktu kecil. Stefani Joanne Angelina Germanotta atau yang lebih dikenal sebagai Lady Gaga merintis kariernya di dunia muzik sebagai penulis lagu ramai artis termasuk penyanyi ternama seperti Britney Spears. Ia memutuskan untuk terjun sebagai penyanyi dan melancurkan album 'The Fame' pada 2008. Tak disangka, lagu-lagu Gaga seperti 'Poker Face' dan 'Just Dance' langsung meledak di pasaran.

0 Response to "BIAR BETUL!! Ibarat Langit Dan Bumi,Inilah Perbezaan Paling Ketara 5 Wajah Artis Terkenal Hollywood Sebelum Terkenal Yang Semestinya MENGEJUTKAN Anda!! #3 Pasti Anda Akan Berkata Ianya Edit Semata-mata!!"

Post a Comment