TAHNIAH - FAIZAL TAHIR & HARITH ISKANDER TIMANG BABY BARU

Baru-baru ini, penyanyi Faizal Tahir dan pelawak Harith Iskander telah menerima kehadiran 'orang baru' di dalam hidup mereka.

Kedua-dua selebriti ini telah berkongsi berita gembira tersebut melalui akaun Instagram masing-masing.

Klik gambar untuk size besar


Melalui gambar tanpa kapsyen di laman sosial Faizal Tahir, peminat tidak henti-henti mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya matanya yang keenam itu semalam, selain turut mendapat ucapan selamat hari lahir yang ke-37 pada 26 Oktober.

Sementara itu melalui IGnya Harith Iskander pula, pelawak tersebut sempat berkongsikan gambar cahaya mata ketiga yang diberi nama Zydane Xayne Iskander. Harith juga menjelaskan bahawa isteri dan anaknya itu kini berada di dalam keadaan sihat.

Semoga kelahiran cahaya mata baru di dalam keluarga Faizal dan juga Harith ini bakal membawa lebih sinar bahagia di samping turut dilimpahkan rezeki yang tidak henti-henti.

0 Response to "TAHNIAH - FAIZAL TAHIR & HARITH ISKANDER TIMANG BABY BARU"

Post a Comment