Takut Intifada: 100 rahib Yahudi keluar fatwa haram masuk Masjid Al-Aqsa

PALESTIN, Jumaat – Stesen televisyen bahasa Ibri milik Israel melaporkan 100 rahib Yahudi telah mengeluarkan fatwa mengharamkan orang Yahudi daripada memasuki Masjid Al-Aqsa semalam.

Ia bertujuan mengelakkan orang Yahudi daripada diserang oleh rakyat Palestin berikutan Intifada Ketiga yang telah dilancarkan.

Dua rahib Yahudi yang berpengaruh adalah antara mereka yang mengeluarkan fatwa itu.

Fatwa yang dikeluarkan pada petang Khamis itu adalah susulan daripada bertambahnya serangan menggunakan pisau oleh rakyat Palestin. – Agensi

0 Response to "Takut Intifada: 100 rahib Yahudi keluar fatwa haram masuk Masjid Al-Aqsa"

Post a Comment