Mimi Lana Jadi Mangsa Keadaan, Suspek Utama Masih Ditahan
September lalu, berita mengenai pelakon baru, Mimi Lana ditahan pihak polis kerana terdapat bahan dipercayai ganja di rumahnya cukup membuatkan empunya diri terkesan dan apa yang lebih menyedihkan, sebenarnya dia menjadi mangsa kepada suspek yang kini masih ditahan.
“Saya direman 11 hari kerana kes ini besar. Apabila berita penahanan saya menjadi viral, terutama di laman maya, ia memberi impak besar kepada kerjaya. Ada maklumat yang disebarkan tidak benar. Saya kecewa apabila dianggap seperti penjenayah, sedangkan saya ditahan bagi membantu siasatan”
“Saya bukan pengedar dadah! Ketika direman, saya menangis siang malam memikirkan kerjaya lakonan yang baru bermula mungkin hancur berkecai. Masa depan saya gelap. Saya bertambah sedih apabila ibu bapa di kampung yang terpaksa menanggung malu besar,” jelasnya sambil menyatakan bahawa dirinya menjadi mangsa keadaan.
Suspek yang turut menyewa di rumah berkenaan sehingga kini masih ditahan pihak polis. Semoga apa yang terjadi kepada Mimi turut memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak menyewa rumah bersama orang lain yang tidak dikenali. (rtky/s)
SUMBER
BH PLUS






0 Response to "Mimi Lana Jadi Mangsa Keadaan, Suspek Utama Masih Ditahan"
Post a Comment