Soalan mengenai anak merupakan soalan wajib yang sering diajukan kepada pasangan yang sudah berkahwin namun belum menimang cahaya mata. Bagi Achey Bocey, dia menyifatkan perkara tersebut sebagai rezeki dari-Nya.
“Saya anggap ia sebagai lumrah kehidupan yang mana soalan seperti bila hendak berumah tangga dan bila hendak mendapat anak kerap kali diajukan. Siapa yang tidak inginkan anak? Namun begitu, saya enggan terlalu memikirkan perkara itu dan menyerahkan semuanya kepada Allah”
“Kami sentiasa berdoa agar dapat menimang cahaya mata namun tidak perlu tergesa-gesa. Lagipun, kami baru saja berkahwin selama empat tahun. Mungkin sudah tertulis untuk kami meluangkan lebih banyak masa bersama”
“Dalam masa yang sama, saya ingin menjaga hati isteri agar tidak tersinggung dengan asakan soalan berhubung hal anak,” jelasnya kepada BH Online selain menyatakan bahawa kehidupan mereka ketika ini ceria dengan kehadiran anak-anak saudara yang masih kecil.
Sehingga kini, sebarang perancangan untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat belum lagi dibincangkan oleh pasangan ini. Semoga apa yang diimpikan pasangan ini akan mudah dipermudahkan. (rtky/s)
0 Response to "Achey Bocey Belum Ada Rezeki Timang Anak, Redha Dengan Rezek Dari-Nya"
Post a Comment