Tidak mahu namanya terus dipalit dengan kontroversi, Maria Farida melalui Mangga Online menjelaskan perkara sebenar yang terjadi selain menafikan bahawa dia sebagai punca keretakan rumah tangga wanita tersebut.
“Semua tuduhan dan gosip yang keluar di laman sosial itu adalah cerita mengarut. Saya hairan bagaimana orang ramai boleh cepat percaya pada gosip mengarut itu. Wanita yang dimaksudkan sebagai kawan baik saya itu sebenarnya sudah bercerai dengan suaminya sejak Ogos lalu. Dan wanita itu (K) tidak lagi bergelar Datin”
“Saya sebenarnya yang teraniaya. Sekarang, apabila saya rapat dengan bekas suami dan anak-anaknya, saya pula yang diburuk-burukkan. Saya hanya rapat dengan bekas suaminya selepas mereka bercerai. Untuk menjaga keselamatan, sekarang saya pasang bodyguard,” jelas Maria yang juga telah membuat laporan polis dan berurusan dengan peguam untuk tindakan selanjutnya.
Selain itu, Maria berharap agar penjelasannya itu akan menjernihkan keadaan selain dapat kembali membersihkan namanya serta menegaskan bahawa dia bukanlah perampas suami orang seperti yang digembar-gemburkan di laman sosial. (rtky/s)
0 Response to "Maria Farida Mahu Bersihkan Nama, Tegaskan Bukan Perampas Suami Orang"
Post a Comment