Saya dan Hazwan saling mengenali. Kami berkawan sahaja, tidaklah sampai tahap bercinta. Saya juga berkawan dengan Johan dan saya senang bersahabat dengan mereka adik beradik,” kata Adiba yang ditemui di majlis tayangan filem Badi baru-baru ini.
Di majlis tersebut, Hazwan dan Johan turut hadir untuk memberikan sokongan kepada Adiba yang menjadi teraju utama filem tersebut. Filem ke-108 terbitan MIG tersebut merupakan arahan sutradara Eyra Rahman.
“Sejujurnya, saya selesa berkawan dengan Hazwan kerana kami berada dalam lingkungan umur yang sama dan banyak perkara yang boleh kami bualkan, termasuk mengenai dunia perfileman kerana Hazwan juga seorang pelakon,” kata Adiba lagi
Dalam pada itu, Adiba juga mengulas mengenai keadaan dirinya yang kurang popular dek kerana tidak pernah dihimpit oleh mana-mana gossip dan kontroversi sepanjang empat tahun penglibatan dalam bidang lakonan.
“Saya akui, nama saya kurang dikenali berbanding rakan-rakan yang lain. Tetapi saya bersyukur kerana sepanjang penglibatan dalam bidang lakonan, saya tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kontroversi. Biarlah orang mengenali saya menerusi bakat lakonan,” kata Adiba lagi.
Menerusi filem Badi yang mula ditayangkan pada 15 Oktober, Adiba memegang watak seorang gadis kampung bernama Sarah. Selain Adiba, filem tersebut turut menampilkan wajah baru seperti Azwan Kombos, Sharisa Haris, Hanif Safuan dan ramai lagi.
0 Response to "Siapakah Adiba Yunus Yang Sebenarnya Selepas Gosip Bercinta Dengan Adik Johan As'ari Tersebar Di Laman Sosial??"
Post a Comment