Nora Danish: Jangan Terkejut Jika Kami Umum Untuk Berkahwin

Okay, masih lagi mengenai Nora Danish hari ini. Jika sebelum ini, pelakon ini menyatakan jangan terkejut jika pengakhiran kisah cinta mereka akan berakhir dengan perkahwinan, baru-baru ini melalui Kosmo!, Nora menyatakan hanya Nedim di hatinya. Untunglah Nedim.

BACA: Nora Danish: Jangan Terkejut Kalau Saya Kahwin Dengan Nedim

 

“Saya dengan Nedim telah bercinta selama tiga tahun, satu tempoh lama dan ia sebuah hubungan yang cukup manis. Kami berpisah bukan untuk mencari pengganti, itu sahaja yang boleh saya katakan. Sudah dua bulan lebih saya solo sebelum kembali bertemu Nedim di Bali”

“Memang, ada yang mencuba nasib untuk berkenalan dengan saya, tetapi saya tidak terbuka hati untuk lelaki lain. Apabila bertemu semula dengan Nedim di Bali barulah saya tahu, hati saya hanya untuk dia”

ADS: THE LAST WITCH HUNTER DI PAWAGAM BERMULA 22 OKTOBERR 2015

“Saya dengan dia sudah sepakat untuk kekal bersahabat baik dan jika hubungan kami menuju ke pintu perkahwinan, kami tidak menolak. Tambahan pula, punca permasalahan yang menjadi faktor perpisahan sementara kami baru-baru ini sudah hampir selesai,” jelas Nora.

Selain itu, Nora juga kini cuba mengurangkan aktiviti memuat naik gambar peribadi kerana tidak mahu ia disalah anggap sambil memberi bayangan – jangan terkejut tiba-tiba saya terus umumkan untuk berkahwin dengan Nedim – katanya sambil tertawa. Okay, jangan lupa jemput kami sekali. (rtky/s)

0 Response to "Nora Danish: Jangan Terkejut Jika Kami Umum Untuk Berkahwin"

Post a Comment