%Anda pernah menonton filem Kal Ho Naa Ho? Jika ya, pasti anda masih ingat akan babak akhir filem di mana Datuk Shah Rukh Khan disahkan mati akibat masalah jantung sekaligus meninggalkan cinta pertama kekasihnya lakokan Preity Zinta.
Walaupun sudah 12 tahun filem tersebut ditayangkan, namun ia masih meninggalkan kesan yang mendalam terhadap penonton mahupun Shah Rukh Khan sendiri.
Apa yang menarik, Shah Rukh Khan mengaku bahawa dia tidak pernah membenarkan anak-anakna iaitu Aryan dan Suhana untuk menonton versi asal pengakhiran filem tersebut sewaktu mereka masih lagi kecil.
Malah, dia telah meminta bantuan Karan Johar untuk mengolah versi lain khusus untuk tontonan mereka berdua.
“Saya tidak pernah membenarkan anak-anak menonton versi asal babak akhir filem Kal Ho Naa Ho.
" Sebaliknya, saya telah meminta bantuan Karan Johar untuk menghasilkan versi istimewa di mana filem tersebut tamat sebelum saya disahkan mati akibat masalah jantung,” jelasnya menerusi akaun Twitter peribadinya.
Shah Rukh Khan mendedahkan perkara tersebut setelah berlakunya kekecohan di media sosial apabila seorang kanak-kanak kecil dilaporkan telah mencuri tumpuan umum selepas menitiskan air mata saat menonton babak akhir filem Kal Ho Naa Ho.
Meskipun begitu, jelas Shah Rukh Khan, setelah menganjak dewasa Aryan dan Suhana telah pun menonton versi asal filem tersebut. Namun mereka masih lagi memiliki versi istimewa yang diolah untuk dijadikan simpanan peribadi.
Home » Uncategories » KANTOI !! Inilah Punca Sebenar kenapa Shah Rukh Khan Larang Anak Mereka Tonton Babak Akhir Dalam Filem Kal Ho Naa Ho
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "KANTOI !! Inilah Punca Sebenar kenapa Shah Rukh Khan Larang Anak Mereka Tonton Babak Akhir Dalam Filem Kal Ho Naa Ho"
Post a Comment