Ini Kisah Lelaki Yang Makan & Berkumur Cili Waktu Pagi

Di mana lagi anda mahu cari sesautu yang pelik dan juga tiada di tempat lain kalau bukan di negara China. Negara mereka umpama sebuah buku misteri yang menyimpan jutaan cerita yang mungkin kadang-kala tidak masuk akal.

BACA: 6 Jenis Makanan Harian Tiruan Di China


Jika anda kuat makan pedas, anda mungkin ada pesaing kerana seorang lelaki yang berasal daripada Zhengzhou, China, Li Yongzhi telah digelar Raja Cili oleh penduduk kampungnya – kerana setiap hari dia wajib memakan 2.5 kilogram cili setiap hari. Selamat tinggal perut, selamat tinggal sistem pencernaan.

4 - Ini Kisah Lelaki Yang Makan & Berkumur Cili Waktu Pagi - VITDAILY

Oleh kerana rasa cintanya yang tinggi terhadap cili, dia turut menanam 8 jenis cili yang berbeza di belakang rumahnya. Perkara pelik yang terjadi kepadanya itu telah dibentuk sejak dari kecil kerana dia tidak lalu makan atau tidak akan makan sekiranya hidangan yang disediakan tidak pedas.


“Biasanya setiap pagi, orang akan menggosok gigi terlebih dahulu tapi perkara pertama saya buat selepas membuka mata ialah makan cili dan berkumur dengannya. Dan jika makanan yang saya makan tidak pedas, ia bagaikan tiada rasa,” katanya kepada portal Shanghaiist.

2 - Ini Kisah Lelaki Yang Makan & Berkumur Cili Waktu Pagi - VITDAILY

Kadang-kala, cili yang biasa anda lihat itu adalah makanannya sahaja ibarat snack. Malah Li Yongzhi pernah pulang ke rumah semata-mata mahu mendapatkan ‘keperluan’ hariannya itu dan kembali semula ke hospital semasa menjaga anaknya yang dilanggar lori kira-kira 10 tahun lalu. Ya, dia pulang semata-mata untuk makan dua mangkuk cili dan kembali ke hospital.

“Saya bukannya manusia luar biasa. Saya cuma seorang lelaki yang suka makan cili maka saya makan sajalah. Pihak hospital pun sudah memeriksa saya dan saya tidak mengalami apa-apa perubahan pelik pun pada kesihatan saya. Tiada bezanya dengan orang lain,” katanya lagi.

1 - Ini Kisah Lelaki Yang Makan & Berkumur Cili Waktu Pagi - VITDAILY

Jadi, apakah anda rasa anda kuat makan pedas lagi? Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Anda suka makan pedas? Jom tengok apa kami makan di kafe ini. Mengancam habis!

0 Response to "Ini Kisah Lelaki Yang Makan & Berkumur Cili Waktu Pagi"

Post a Comment