Tidak mahu menyembunyikan sesuatu mengenai status hubungan mereka, Nora Danish menjelaskan ketika ini hubungan cintanya bersama duda, Nedim Nazri adalah sesuatu yang sangat rumit namun dalam masa yang sama menyatakan mereka mungkin akan
“Sebenarnya situasi kami sangat rumit ketika menjalinkan hubungan cinta dan sebab itu kami mengambil.keputusan untuk berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah. Jujurnya kami memang berkawan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus masalah sudah diselesaikan”
“Selepas satu demi satu dapat diselesaikan, situasi hubungan kami berbeza walaupun status kami hanya kawan. Bagaimanapun saya harap orang ramai jangan terkejut sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin,” jelasnya kepada mStar Online. Boleh tahan juga rumit cinta mereka ini dan penuh kejutan sekali.
Selain itu Nora turut menjelaskan gambar mereka bersama ketika di Bali adalah kerana mereka menghadiri majlis hari jadi teman mereka. Kata Nora, kawan-kawan Nedim pun adalah kawan dia juga. Okay Nora, okay.
“Memang kami ke Bali. Kawan-kawan saya ialah kawan-kawan Nedim juga. Sebab itu kami bercuti semula. Dan kebetulan saya berjumpa dengan Bunga dan teruja mahu bergambar dengannya. Ashraf pula bergambar dengan Nedim. Perkara itu buatkan orang ingat kami berdrama pula. Sedangkan kami memang sudah berpisah,” jelasnya. (rtky/s)
0 Response to "Nora Danish Jelaskan Status Hubungan Rumit Bersama Nedim"
Post a Comment