Bila terjadinya pencemaran udara, pasti kita akan menjadi mangsa. Udara yang kita sedut boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan.
Lebih mengejutkan, satu kajian baru ada menyebut, menghirup udara kotor boleh membuatkan badan jadi gemuk!
Bagaimana?
Pedestrians wearing masks walk on a street during a hazy day in Beijing
Pakar penyelidikan Gregory A. Wellenius, ScD dari Brown University mendapati, pencemaran udara boleh meningkatkan hormon leptin di dalam tubuh seseorang.
Seperti yang kita tahu, hormon leptin membuatkan anda makan lebih banyak daripada biasa.
“Apabila jantung anda dipenuhi darah yang tercemar hasil dari udara yang anda hirup, hormon leptin di dalam jantung akan menghantar isyarat ke dalam otak. Ia membuatkan anda makan lebih banyak lagi makanan berlemak. Hasilnya, anda boleh mengalami kenaikan berat badan, “jelasnya.
“Selain kenaikan berat badan yang ketara, terlalu banyak mengambil makanan berlemak, ia mampu membuatkan anda diserang bermacam penyakit berbahaya lain seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, hingga sakit jantung.”
Kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Occupational and Environmental Medicine ini juga mendapati, tahap leptin kerana pendedahan udara kotor boleh naik sehingga 27%. Ini bermakna masalah kegemukan akan lebih mudah menyerang anda.
0 Response to "Jangan Terkejut, Badan Boleh Jadi Gemuk Jika Banyak Sedut Udara Kotor!"
Post a Comment