Bersih Kuali Guna Penyapu Lantai, Restoran Mamak Diarah Tutup

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila sebuah restoran mamak menggunakan penyapu lantai untuk membersihkan kuali. Malah perkara itu bukanlah tersebar di atas khabar angin, tetapi melalui sebuah rakaman video oleh seorang pelanggan di restoran tersebut.

BACA: 5 Punca Saya Suka Makan Di Restoran Mamak


Menurut laporan daripada Harian Metro, restoran tersebut diarahkan tutup kerana kotor selepas diperiksa Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

3 - Bersih Kuali Guna Penyapu Lantai, Restoran Mamak Diarah Tutup - VITDAILY

Jurucakap jabatan itu berkata, restoran berkenaan diarahkan tutup sehingga pihaknya berpuas hati dengan tahap kebersihannya. Katanya, pemeriksaan mengejut dibuat oleh lapan penguat kuasa jabatan berkenaan di seluruh kawasan premis termasuk bahagian dapur selepas menerima aduan orang ramai yang melihat video itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan di restoran berkenaan tidak memuaskan dan kita beri notis supaya restoran ditutup esok. Kita akan beri kelulusan untuk restoran itu beroperasi semula apabila ia benar-benar bersih,” katanya.

4 - Bersih Kuali Guna Penyapu Lantai, Restoran Mamak Diarah Tutup - VITDAILY

Jika anda ingin melihat tahap kebersihan restoran ini dengan lebih terperinci, cuba tengok video pendek di bawah ini. Memang kembang tekak kami. Tidak salah untuk makan di restoran mamak, asalkan kebersihannya terjaga dan tidak kotor teruk seperti dalam video ini.

Adakah anda pun pernah terlihat perkara yang sama? Bolehlah kongsikan pengalaman anda di ruangan komen agar menjadi pesanan kepada orang ramai untuk berhati-hati memilih restoran yang bersih.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

0 Response to "Bersih Kuali Guna Penyapu Lantai, Restoran Mamak Diarah Tutup"

Post a Comment