Aku Yang Berubah

Pada satu malam Syahrul (bukan nama sebenar) duduk termenung mengenangkan nasib dirinya yang hidup dalam kemiskinan yang ada hanya rumah usang peninggalan arwah ibu dan ayahnya. Syahrul lelaki yang tak pernah solat mahupun ke masjid walaupun di jemput menghadiri majlis ilmu. Bagi syahrul semua itu hanya buang masa.

Disebabkan kesempitan hidup, Syahrul mula terfikir untuk memecah masuk rumah jirannya yang kaya. Ketika jirannya lena dibuai mimpi, syahrul memberanikan diri memasuki pintu dapur rumah jirannya. Dan akhirnya syahrul berjaya melarikan barang kemas sejumlah RM30,000.

Semakin hari, semakin giat kegiatan syahrul. Makin bertambah kecurian yang berlaku di kampungnya. Kegiatan itu menyebabkan orang kampung mula berasa bimbang.
___________

Orang kampung mula curiga dengan syahrul yang tidak bekerja tetapi boleh miliki kereta. Akan tetapi, Syahrul tidak pernah hiraukan apa pandangan orang kampung terhadapnya. Dia tetap meneruskan kegiatannya itu.

Semakin hari, semakin leka. Syarul masih tidak berpuas hati dengan hasil rompakkannya selama ini.
Dia berniat nak merompak lagi sehingga dia mendapat apa yang dia mahukan.
_____________

Sabtu pagi, Syahrul keluar ke Mall di ibu kota.

Syahrul dengan menaiki motor cuba mengekori rapat seorang perempuan yang berusia  20an. Sedang perempuan tersebut leka berjalan, syahrul dengan pantasnya meragut beg yang disandangnya. Pergelutan tersebut menyebabkan perempuan tersebut tersungkur rebah di bahu jalan.

Syahrul memecut laju ke sebuah taman permainan dan memberhentikan motosikalnya. Syarul membuka beg yang diragutnya untuk melihat hasil tangkapannya. Selepas melihat, Syarul tergamam seketika. Seolah-olah pipinya ditampar hebat dan  degupan jantungnya terhenti seketika. Apa yang buat syahrul tergamam, rupanya didalam beg tersebut hanya  terdapat senaskah Al-Quran.

Syahrul terduduk kaku dan mula membelek setiap helaian Al-Quran tersebut. Syahrul terbaca satu ayat dan terkesan dengan terjemahannya sehingga menitis air mata. Seumur hidup syahrul, dia tak pernah kenal apa itu Al-Quran apatah lagi membaca.

Syahrul jadi buntu, seolah hilang arah tuju. Lamunannya terhenti setelah azan Asar berkumandang. Dia terus menaiki motosikal dan menuju ke arah dari mana datangnya azan tersebut. Sesampainya di depan masjid, seorang ustaz menepuk bahu dan mengajaknya memasuki masjid. Syahrul hanya tersenyum.

Syahrul melangkah masuk ke dalam masjid dan perhatikan orang disekeliling sedang menunaikan solat. Seumur hidupnya, di tidak pernah mengenal sejadah apatah lagi untuk solat. Hatinya mula merasa sebak dan deraian air mata mula membasahi pipinya. Dan syahrul pertama kali seumur hidupnya sujud mencium sejadah.

“Allahuakbar. Terlalu banyak dosa yang dibuat sepanjang hidup aku” – hati kecilnya mula berbicara.

Kemudian, bahunya ditepuk oleh seseorang. Dia bangun dari sujudnya dan terus memeluk erat lelaki tersebut. Lelaki tersebut menenangkan Syahrul. Dan  syahrul mula menceritakan apa yang telah terjadi sebelum ini.

Rupanya lelaki yang menenangkannya itu merupakan imam masjid. Imam tersebut sudi untuk membimbing syahrul. Alhamdulillah, kini syahrul sudah rajin solat, mengaji dengan lancar dan kerap datang ke masjid menghadiri ilmu agama. Setelah sekian lama, syahrul teringat kepada Al-Quran yang diragutnya dahulu, dia berniat untuk letak di masjid yang pertama dia jejaki satu masa dulu. Kini syahrul sudah berjaya dengan memiliki sebuah kedai Al-Quran yang mampu membantu orang-orang yang tak pernah mengaji, yang tak lancar mengaji dan tidak pandai mengaji.

Dengan adanya kedai Al-Quran tersebut, syahrul berharap dapat membantu anak muda sekarang yang banyak menghabiskan masa dengan benda yang tidak berfaedah. Tak rugi pun memiliki AL-Quran mumayyaz ni kerana terdapat ayat terjemahan dan tulisan rumi, lebih memudahkan untuk orang-orang yang tidak pernah mengaji belajar mengaji.

Saya syorkan pemuda-pemuda diluar sana WAJIB miliki Al-Quran ni sebab dapat membantu korang yang dari tak kenal ayat Al-Quran boleh menghafal lepas membaca Al-Quran ni. WAJIB ada satu sorang, tak rugi pun.

0 Response to "Aku Yang Berubah"

Post a Comment