ZULIN AZIZ TERIMA ANDAI PUNYA JODOH BERSAMA ARIZ FORTEEN

Kami yakin, ramai pengikut dunia hiburan tempatan tentunya tertanya-tanya mengenai hubungan di antara pelakon dan pengacara, Zulin Aziz dengan anggota Forteen, siapa lagi kalau bukan Ariz.

Menerusi portal Tonton Extra, Zulin memberitahu bahawa dia kadangkala tertanya-tanya, mengapa ramai orang bertanya mengenai perhubungan kedua-dua mereka yang dianggap lebih daripada sekadar berkawan.

Baca: 11 Gambar Bulan Madu Haziq Rosebi & Isteri ke Bali

"Jika benar saya ada perasaan terhadap Ariz, lebih baik saya beritahu dia terus, buat apa saya bercerita pada orang lain. Tapi buat masa ini kami selesa berkawan. Jika ada jodoh di masa hadapan, biar Allah yang tentukan. Saya tak mahu komen lebih-lebih sebab macam-macam boleh jadi. Nanti kalau cakap ya kami bercinta, sekali hubungan itu tak menjadi," kata pelakon yang semakin langsing itu kepada portal tersebut.

Kalau benar kedua-duanya punya hubungan sah sebagai sepasang kekasih, semoga perhubungan itu kekal ke peringkat yang seterusnya. Walaubagaimanapun, semua masih gagal mendapatkan jawapan yang sah dari Zulin, mahupun Ariz sendiri.

Related Posts :

0 Response to "ZULIN AZIZ TERIMA ANDAI PUNYA JODOH BERSAMA ARIZ FORTEEN"

Post a Comment