Penyanyi daripada kumpulan ‘Rock Leleh’ seperti Exist, Handyblack, Sweetchild, Ukays dan Laksamana mendominasi peserta GegarVaganza 2 yang akan membuka tirai konsertnya pada 18 Oktober ini.
Mereka adalah Amir Ukays, Nizam Laksamana, Zul Handyblack, Achong Sweetchild dan Ezad Exist. Tidak ketinggalan penyanyi balada yang terkenal sekitar tahun 80-an iaitu Nassier Wahab yang juga turut bertanding untuk merebut gelaran juara.
Manakala peserta wanita pula terdiri daripada pelbagai latar belakang muzik yang amat berbeza berbanding dengan peserta lelaki. Ada di kalangan mereka yang popular dengan genre lagu dangdut, balada dan slow rock.
Peserta wanita GegarVaganza 2 terdiri daripada Ezlynn, Siti Nordiana, Haiza, Faradhiya, Azian Mazwan Safuan dan Sheeda.
Konsert GegarVaganza 2 akan bersiaran secara langsung selama 8 minggu yang bertempat di Auditorium MBSA. Ia akan dihoskan oleh pengacara popular iaitu Jihan Muse dan Nabil Ahmad.
0 Response to "Penyanyi Rock Leleh Dominasi Peserta GegarVaganza 2"
Post a Comment