Palestin diambang intifada ketiga

Disaat seluruh dunia sedang memberi tumpuan terhadap keganasan IS di Syria dan Iraq serta beberapa buah negara lain di Teluk, Tebing Barat hari ini terus bermandi darah angkara kebiadaban Israel terhadap penduduk Palestin untuk kesekian kalinya.

Keganasan terbaru Israel ini bermula apabila polis rejim Zionis ini menyekat kemasukan umat Islam di Baitul Maqdis untuk menunaikan solat di Masjidil Aqsa berikutan sekatan terbaru yang diperkenalkan oleh rejim Zionis ini terhadap penduduk Palestin.

images

Insiden ini membawa kepada pengepungan polis rejim keatas masjid berkenaan dimana kira-kira hampir 100 orang anak muda Palestin berkampung didalam masjid berkenaan bagi mempertahankan kesucian masjid berkenaan dari dicerobohi polis rejim. Dengan hanya bersenjatakan batu, beberapa pertempuran tercetus antara pemuda palestin dan polis rejim diperkarangan masjid berkenaan dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 5 orang maut dalam pertempuran ini.

Tidak berakhir disitu, kemarahan penduduk Palestin keatas pengepungan masjid berkenaan dan pencerobohan terbaru pendatang haram Yahudi di Tebing Barat memburukkan keadaan. Akhirnya, berinspirasikan serangan bersenjatakan pisau oleh seorang penduduk Palestin, kini pisau dijadikan senjata utama dan simbol terhadap perjuangan mereka.

Penggunaan senjata ini nyata berkesan dengan 9 orang penduduk Yahudi maut samada ditikam mahupun dikelar dengan senjata berkenaan. Ini jelas menimbulkan panik dikalangan penduduk Yahudi di Tebing Barat berikutan kesukaran pihak polis rejim mengesan senjata ini dari digunakan oleh penduduk Palestin.

download (3)

Berikutan itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meluluskan penghantaran 300 orang tentera rejim berkenaan ke Tebing Barat sebagai langkah persediaan kawalan keselamatan tertinggi untuk penduduk haram Yahudi di tebing Barat.

Di pihak Palestin, perkembangan ini telah membangkitkan semula semangat kebangkitan Intifada yang kali terakhir berlaku pada tahun 2002. Israel sedaya upaya menyekat kebangkitan semula Intifada kerana dibimbangi ianya bakal menjadikan keadaan semakin tegang di Tebing Barat. Namun kebangkitan ini nyata tidak mampu disekat oleh Israel dan hanya masa yang menentukan bilakah seruan rasmi Intifada akan diumumkan oleh Mahmud Abbas, Perdana Menteri Palestin.

Apa yang menariknya kali ini, penglibatan Amerika Syarikat dan Rusia dalam konflik kali ini. Seperti biasa, Amerika pastinya akan memihak kepada sekutu rapat mereka, Israel. Untuk pertama kalinya, Rusia yang kini sedang dalam kempen memerangi IS di Syria menyatakan sokongan penuh mereka terhadap perjuangan Palestin.

download (4)

Malah terdapat khabar angin mengatakan Vladimir Putin telah mengizinkan skuad tentera elitnya menyeudup Masuk ke Tebing Barat bagi melatih para pejuang Palestin disampin membekalkan senjata kepada para pejuang. Perkembangan ini nyata membangkitkan kemarahan Pentagon dan sekaligus meningkatkan ketegangan Washington – Moscow.

Menurut laporan, kebangkitan penduduk Palestin kali ini nyata mendapat sokongan daripada kerajaan Syria, Iraq dan Iran dengan Rusia dilihat cuba memainkan peranan lebih aktif dalam membendung kezaliman dan kebinatangan rejim Zionis keatas penduduk Palestin.

Related Posts :

0 Response to "Palestin diambang intifada ketiga"

Post a Comment