Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!
Kata pepatah ini amat bersesuaian sekali untuk anak kepada Nabila Huda iaitu Keisha Laila apabila dia turut sama berlakon di pentas teater 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' di Istana Budaya.
Menurut Nabila, dia berasa bangga dengan anak perempuannya yang sudah menunjukkan minat ke arah bidang lakonan biarpun anaknya itu baru berusia lima tahun.
"Semuanya berlaku secara spontan kerana Keisha sering menemani saya menghadiri latihan teater. Saya menyarankan kepadanya untuk turut serta kerana sibuk membuat bising ketika latihan teater berlangsung.
Klik gambar untuk size besar
"Keisha ikut dan turut menghafal bait lagu yang dicipta khas untuk pementasan ini. Mungkin kerana Nabila sering memainkan lagu-lagu teater itu, membuatkan Keisha turut mengingatinya dengan mudah.
"Sebagai ibu, semestinya Nabila bangga dengan persembahan Keisha yang memulakan kerjaya sebagai pelakon teater seawal usia lima tahun. Dia tidak pernah mengganggu saya sepanjang tempoh latihan dan tahu membawa diri.
"Seandainya ditakdirkan Keisha mengorak langkah sebagai pelakon, saya menerima hal itu dengan hati terbuka. Tidak kira walau apa pun minatnya, saya akan menyokong Keisha sepenuh hati," ujar Nabila dipetik sebagai berkata.
Dalam pada itu, Nabila tidak menafikan watak Haryati yang dilakonkannya memerlukan sepenuh penghayatan dan sentiasa berendam air mata. Namun, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengalirkan air mata atas tuntutan watak kerana menempatkan dirinya pada kedudukan Haryati.
"Cemburu juga melihat watak pelakon lain yang diselangi dengan gelak tawa sebaliknya watak saya sentiasa bermain dengan emosi. Namun, saya menganggap ia sebagai cabaran yang perlu saya pikul sebagai pelakon.
"Tidak dinafikan saya ada terganggu dengan gelak tawa penonton untuk babak sedih namun saya masih mampu fokus. Apa yang penting adalah kami sebagai barisan pelakon memberikan terbaik buat penonton," jelasnya.
Teater 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick' dipentaskan di Istana Budaya bermula 12 hingga 18 November ini.
0 Response to "NABILA HUDA BANGGA ANAK TURUT BERLAKON TEATER"
Post a Comment