Keluarga Kecewa, Tersebar Berita Palsu Dakwa Pengantin Perempuan Meninggal Dunia


 

Hari ini kita digemparkan dengan berita kemalangan jalanraya yang melibatkan sepasang pasangan pengantin yang baru diijabkabulkan bersama keluarga.

Dalam kemalangan tersebut, pengantin lelaki, Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, telah terkorban dalam nahas tersebut manakala pengantin perempuan, Noraliza, 18, cedera parah, kemalangan itu juga telah mengorbankan ibu pengantin Noraliza, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik adiknya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, 2, yang berasal dari Chetok, Pasir Mas, Kelantan.

Kejadian ini telah menjadi bualan mulut ramai dan ditangisi ramai orang, tetapi disebalik tragedi ini ada berita yang tidak enak didengar apabila menjadi viral sejak semalam satu berita kononnya pengantin perempuan telah meninggal dunia.





Berita ini telah dikongsikan oleh ramai pengguna Facebook dan juga pengguna aplikasi Whattaps.

Kerana penyebaran berita berkenaan yang ternyata mungkin membuatkan keluarga mangsa terguris dilihat semakin meluas, kakak kepada pengantin perempuan telah menafikan berita berkenaan.

BACA: (Gambar&Video) Rombongan Pengantin Kemalangan, Pengantin Lelaki Dan 3 Orang Yang Lain Terkorban

Menurut kakak mangsa, Puan Norizan Bte Awan berkata berita tentang kematian adiknya itu adalah tidak benar sama sekali kerana Noraliza kini masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Beliau memberitahu keluarga nyata kecewa dengan penyebaran berita palsu berkenaan kerana mereka kini tengah bersedih dengan kehilangan pengantin lelaki dan adiknya pula kini masih kritikal di hospital.

"Saya harap sangat kepada sesiapa yang memuatnaik status palsu itu supaya memadamnya kerana berita itu tidak betul."

"Suami saya kini berada di HSNZ menunggu adik perempuan kami kerana dia telah dimasukkan nama sebagai waris kepada adik," katanya yang keletihan semasa dihubungi Siakapkeli.

Beliau meminta kepada semua diluar sana supaya mendoakan adiknya itu selamat dan cepat sembuh seperti sediakala.

Selain itu, kami turut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di mana pegawai penyiasat dari balai berkenaan menafikan berita ini. - Siakapkeli.my

Related Posts :

0 Response to "Keluarga Kecewa, Tersebar Berita Palsu Dakwa Pengantin Perempuan Meninggal Dunia"

Post a Comment