Inilah 15 Pengasas Jenama Terkemuka Yang Anda Tidak Pernah Lihat
Tahukah anda, banyak pengasas jenama terkemuka tidak kita kenali rupanya. Jadi mari kita lihat 15 rupa pengasas jenama terkemuka yang menggunakan nama mereka sebagai nama syarikat.
Ramly Mokni – Pengasas Ramly Burger. Diasaskan pada tahun 1979 dengan sebuah stall burger jalanan di Lorong Haji Hussein. Kini Burger Ramly menjadi pemandangan biasa di seluruh Malaysia dan dianggap burger paling legendary!
Datuk Haji Ibrahim bin Haji Ahmad Badawi ialah pengasas Brahim’s.Produk makanan melayu freeze dried Brahim menjadi makanan pengubat rindu student Malaysia yang tak reti memasak. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1986. Beliau ialah adik kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif pengasas Habib Jewels. Habib Jewels ditubuhkan pada tahun 1958. Kedai pertama dibuka di Pitt Street Pulai Pinang.
Julius Michael Johannes Maggi ialah pengasas syarikat Maggi. Beliau seorang anak imigran Itali yang dilahirkan di Switzerland. Produk awal Maggi ialah stok sup. Maggi diasaskan pada tahun 1872.
Hirotake Arai ialah pengasas syarikat helmet terkemuka ARAI. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1926. Hirotake sebenarnya seorang pembuat topi pada asalnya tetapi kerana minat menunggang motosikal beliau menghasilkan helmet buatan tangan. Syarikat ini kini di bawah penguruasan anak beliau Mitch Arai.
Shojiro Ishibashi ialah pengasas syarikat tayar Bridgestone. How is this his named after him? Ishibasi bermaksud Bridgestone dalam bahasa inggeris. Syarikat tayar ini sudah beroperasi sejak 1931. Beliau meninggal dunia pada tahun 1976.
John Cadbury ialah pengasas syarikat pengeluar cokat Cadbury pada tahun 1824 di Birmingham England. Cadbury ialah syarikat yang mencipta chocolate bar. Selain daripada itu John Cadbury juga adalah pengasas persatuan pencinta haiwan pertama di Britain.
Christian Dior ialah pengasas jenama fesyen terkemuka Dior. Ianya diasaskan pada tahun 1946. Rekaan Christian Dior dipakai oleh wanita ternama seperti Evita Peron dan Marlene Dietrich. Beliau meninggal dunia pada tahun 1957 akibat serangan jantung.
Li Ning memulakan kareer beliau sebagai ahli gimnastik. Pada tahun 1984 beliau memenangi 6 pingat termasuk 3 pingat emas pada temasya sukan Olimpik. Selepas bersara dari dunia sukan beliau mengasaskan syarikat alatan sukan Li Ning pada tahun 1990.
Louis Vuitton mengasaskan syarikat membuat trunk menyimpan pakaian pada tahun 1854. Trunk memuatkan pakaian pada waktu itu mempunyai penutup melengkung (seperti kotak harta karun pirate edisi default). Rekaan LV berbeza kerana ianya rata dan ini membolehkan ianya disusun dengan mudah. Sounds like a no brainer tetapi inilah inovasi yang dibawa oleh LV. Dari menjual trunk pakaian LV kini menjadi syarikat barangan mewah terbesar dunia dan kini juga memiliki jenama Dior!
Adolf dan Rudolf Dassler mengasaskan syarikat kasut sukan Gebrüder Dassler Schuhfabrik pada tahun 1924. Selepas perang dunia kedua Adolf dan Rudolf bergaduh dan mengakibatkan syarikat ini dibubarkan. Rudolf Dassler mengasaskan PUMA manakala Adolf “Adi” Dassler mengasaskan Adidas pada tahun 1948. Tahukah anda ketika perang dunia kedua,Gebrüder Dassler Schuhfabrik menghasilkan but untuk tentera Nazi? Adik beradik Dassler juga merupakan ahli Nazi. Weird thing is despite of this Adi Dassler menghasilkan kasut untuk Jesse Owens, pelari pecut Amerika Syarikat yang berkulit hitam.
0 Response to "Inilah 15 Pengasas Jenama Terkemuka Yang Anda Tidak Pernah Lihat LIKE"
Post a Comment