Nama aku syahril. Aku anak bongsu dalam keluarga aku. Ayah dan Ibu aku doktor. Untuk bersama keluarga sangat terhad. Boleh dikatakan hubungan kami tidak rapat. Aku kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada mereka.
Walaupon aku mempunyai dua orang abang dan seorang kakak, namun hubungan kami tidak rapat. Ini disebabkan komitmen mereka yang bekerja jauh. Lagi menyakitkan hati apabila setiap kali perjumpaan ibu bapa dan guru, pasti aku akan keseorangan.
Setiap kali pulang dari sekolah, aku akan terus pergi melepak bersama-sama kawan di shopping mall. Bila bersama kawan-kawan, aku seperti berada dalam dunia ciptaan aku sendiri. Aku sangat nakal. Sejak berkawan dengan mereka, aku sudah pandai menghisap rokok, merempit, mencuri, ponteng kelas serta menipu ibu bapa aku sendiri.
Pada suatu malam, aku bermimpi. Dalam mimpi , aku sangat takut sekali. Aku dikejar oleh seseorang yang tidak aku kenal. Aku berusaha untuk bangun dari mimpi aku, namun aku tidak berdaya. Aku hanya mampu berdoa pada Tuhan agar aku dapat bangun dari mimpi aku dan berjanji akan berubah. Alhamdulillah. Setelah berusaha, akhirnya aku Berjaya.
Seperti janji aku dengan Tuhan, aku ingin berubah. Disebabkan aku tidak pandai solat, jadi dengan menggunakan iphone, aku terus google tentang panduan solat, dosa dan pahala, dan paling penting tentang al-Quran. Sebab aku tidak pernah mengaji.
Aku pernah dengar ustaz Azhar cakap “Amalan baca Al-Fatihah ini bersandarkan Solat Nabi, maka kita wajib Solat seperti Nabi Solat. Dan Nabi pesan tidak ada Solat jika tidak baca Fatiihah. Dan Hikmah yang sebenar adalah Allah saja yang tahu mengapa. Dan Surah ini wajib lelaki dan perempuan Hafal. Berdosa jika tidak berlajar kerana Surah ini Rukun Solat. Orang Islam takleh baca Al-Quran komang sepana.”
Aku tak pandai baca tulisan Jawi. Aku malu terhadap Allah yang telah memenuhi permintaan aku dengan memberi peluang untuk aku bertaubat tetapi aku pula tidak menuruti perintahNya. Setelah berusaha google, akhirnya aku ketemukan apa yang dapat membantu aku. Quran Rumi.
Alhamdulillah. Dengan berkat Quran tersebut aku mampu mengaji dengan lancar. Sikap aku terhadap ibu bapa aku juga turut berbeza. Ahli keluarga aku sangat menyenangi dengan sikap aku sekarang. Alhamdulillah. aku bangga dengan diri aku sekarang.
Aku harap rakan-rakan aku yang lain juga dapat berubah. Jangan menunggu untuk peluang kali kedua. Kita tidak pernah tahu samaada peluang kedua itu masih wujud atau tidak. Jangan pernah berputus asa untuk berubah sebab itu bukan sifat yang Nabi kita Muhammad s.a.w. ajarkan.
0 Response to "Di Sini Bermula Cahaya Iman"
Post a Comment