Genap 4 bulan aku menjadi isteri kepada Darling. Tadi aku terbaca satu kisah yang mengingatkan aku pada kisah aku sendiri. Kisah ini juga yang membuatkan Darling meminang aku sebulan ..
“Hari ini hari terakhir aku di kampung. Tawaran untuk aku sambung belajar di salah sebuah universiti tempatan di ibu kota telah aku terima. Aku lihat wajah gembira ibu dan ayahku saat ini. Memikirkan aku, satu-satunya anak perempuan keluarga berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Aku juga berasa gembira tidak terkata. Tapi, rasa takut menyelubungi diri kerana ini kali pertama aku keluar dari kampung. Namu ku gagahkan jua demi kedua orang tuaku.
Hari pertama aku di univerisiti. Tanpa mak ayah. Belum sempat untuk mencari kawan cuma berkenalan dengan beberapa orang yang duduk bilik sebelah. Kelas pertama aku nun jauh di puncak sedangkan asrama tempat aku menginap berada di bawah. Di sebabkan aku tidak pernah keluar dari kampung, aku rasa kekok untuk berkawan dengan anak-anak kota yang menjadi rakan sekelas. Mereka semua pakai baju baru, cantik, malah cara bercakap juga agak trendy. Kataku, mereka bukan temanku. Cara mereka berbeza dengan aku.
Setelah 3 bulan aku di sini, aku mula berteman rapat dengan rakan sekelasku yang dulu aku jauhi. Sebab tiada rakan lain yang mahu berteman dengan budak kampung seperti aku. Kalau dulu, aku mencebik bila mereka sering keluar malam, berkawan rapat dengan lelaki. Tapi sekarang aku sama seperti mereka.
Mak Ayah di kampung juga sudah jarang aku hubungi. Kalau dulu, setiap hari aku akan menelefon untuk bertanya khabar. Sejak berkawan dengan kawan di sini, aku banyak meluangkan masa untuk pergi ke shoping mall, tengok wayang dan ikut mereka lepak di sekitar ibu kota. Solat juga kadang buat kadang tidak. Mengaji Quran apatah lagi. Sudah berhabuk Quran yang dihadiahkan oleh ayah sewaktu aku masuk ke sini dulu. Tidak lagi aku buka walaupun sudah setahun di sni.
Suatu hari, sewaktu dalam kelas pengajian Islam, ustaz meminta aku baca ayat. Aku dengan tanpa rasa takot bangun berdiri kerana aku tahu, aku sudah hafal ayat itu sebelum ini.Dulu di kampung, aku pernah mengajar anak-anak jiranku belajar mengaji. Tapi, bila aku bangun dan cuba membaca ayat tersebut, lidahku seakan kelu. Aku tidak tahu bagaimana hendak membaca ayat tersebut walaupun sudah ada di depan mata. Aku kaku, aku malu. Kenapa ini terjadi pada aku? Adakah mungkin kerana aku sudah banyak alpa. Saat ini, seorang Hamba Allah bangun untuk mengantikan aku membaca ayat tersebut. Itulah kali pertama aku melihat Darling. Aku terduduk diam. Wajah mak ayah terbayang di fikiran aku. Apa sudah terjadi pada ku?
Petang itu, aku tidak ke kelas kerana malu dengan apa yang erjadi pagi tadi. Dengan pilu, aku mengenggam Quran pemberian ayah. Aku menangis sepuas hati mengenangkan perbuatanku selama ini. Satu persatu helaian aku buka sambil air mata mengalir laju. Nasib baik Quran pemberian ayah bukan Quran yang biasa. Setiap kalimah yg kubaca membuatkan hatiku meruntun keinsafan setelah aku menyelami setiap terjemahan perkata yang kubaca.
Sedang aku melayari hati perasaan, ada seseorang menelefon aku. Suara lelaki, aku tertanya-tanya siapa dia. Dia lah darling. Ya, tanpa aku sedar tadi Darling ingin mengatakan sesuatu padaku. tapi disebabkan aku malu, aku melulu keluar tanpa menghiraukan sekeliling. Dia meminta nombor telefon ku dengan rakan sekelas.
photo_2015-02-04_00-00-21
Quran yang Ayah bagi
Berikutan peristiwa memalukan tadi, aku mula membaca semula Quran. Kawan-kawan yang selalu mengajak aku keluar tidak lagi aku hiraukan. Sekarang, Quran dari Ayah menjadi pendamping. Dengan bantuan Quran pemberian ayah, aku membaca semula Quran dengan lebih lancar. Darling juga banyak membantu aku dengan pemberian buku-buku ilmiah dan cd bacaan Quran dari ilmuan agama. Aku mula merajinkan diri untuk menghadiri kelas-kelas usrah.
Mak Ayah di kampung juga sering aku hubungi. Mereka bertanya bagaimana keadaanku, jawapan ku cuma satu, Terima Kasih Sebab HADIAHKAN QURAN INI . Quran ni banyak mengubah aku untuk menjadi dirku aku semula. Aku bukan bohsia yang membuang masa dengan perkara tidak perfaedah, aku seorang muslim, dan pegangan hidup aku QURAN dan SUNNAH”
Sebulan selepas tu, Darling minta kebenaran aku untuk masuk meminang. Aku menyuruh Darling meminta persetujuan mak dan ayah di kampung. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kini kami dah selamat bernikah. Bulan 11 nanti kami akan konvo bersama, bersama juga bakal anak kami yang akan keluar bulan 3 tahun depan. Hehehe =).
Aku nekad untuk menghadiahkan Quran pemberian ayah buat anak sulung kami yang bakal lahir nanti..inshaAllah
By : Mommy Buyong 2 Bulan [1 JULAI 2014]
Menyulami Surga Duniawi Berpandukan
0 Response to "AKU BUKAN BOHSIA, THANK YOU DARLING "
Post a Comment