TAK MAHU BERSUBAHAT MENIPU, BEKAS SUAMI YATT HAMZAH BERI KENYATAAN
Bekas suami Yatt Hamzah, Abdul Mutalib Abdul Shukor tidak menafikan bakal suami isterinya itu sebagai punca keruntuhan rumahtangga mereka.
Mutalib berkata, dia tidak mahu bersubahat menipu masyarakat dengan menidakkan kebenaran.
"Mengenai bakal suami Yatt yang didakwa sebagai 'orang ketiga' dalam khabar angin perceraian kami, saya sama sekali tidak menafikannya.
“Saya rasa berdosa mengiyakan secara langsung dengan menidakkan kebenaran yang nyata. Saya seperti bersubahat menipu masyarakat. Cukuplah komen saya mengenai hal ini," katanya.
Tambahnya lagi, dia tidak terkejut dengan berita perkahwinan Yatt dan Mohammad Zulfadhli.
"Seperti yang dijangka, saya tidak terperanjat dan terima berita itu dengan hati terbuka. Saya berdoa segala-gala dirancang berjalan lancar dan jodoh baharu Yatt kekal.
"Saya juga berharap Yatt hormat, jujur dan taat kepada suami baharunya dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak kami, Suci Hanania Malikka.
"Bagaimanapun, saya sudah lama memaafkan mereka. Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka,” ujarnya.
Yatt atau nama sebenarnya, Haryati dan Abdul Mutalib, 36, bernikah pada 29 Mac 2009 dan berpisah pada Ogos tahun lalu.
Yatt dijangka bernikah dengan Mohammad Zulfadhli pada jam 8 pagi di sebuah masjid di Shah Alam pada 27 Februari ini.
Tanpa majlis persandingan, Yatt menganjurkan jamuan makan sempena hari jadi Suci Hanania yang genap enam tahun pada hari sama.
Olahan Semula: Hafiza Kamarudin
Sumber: Astro Gempak

0 Response to "TAK MAHU BERSUBAHAT MENIPU, BEKAS SUAMI YATT HAMZAH BERI KENYATAAN"
Post a Comment