Ashraf Muslim Nasihat Isteri Isteri Tutup Laman Sosial, Elak Perkara Negatif

Ashraf Muslim Nasihat Isteri Isteri Tutup Laman Sosial, Elak Perkara Negatif



Ini suami yang bagus. Bagi mengelakkan masalah besar timbul kerana sosial media, pelakonAshraf Muslim berasa lega apabila kedua-dua isterinya iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi akhirnya mendengar nasihat untuk menutup akaun laman sosial Instagram mereka beberapa bulan lalu.
“Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila isteri-isteri saya dapat hidayah untuk menutup laman Instagram mereka dan tidak lagi berkongsi gambar-gambar keluarga kami”
“Saya sudah nasihatkan untuk tutup laman sosial itu sejak setahun lalu, namun tidak memaksa sehingga mereka sendiri dengan rela hati menutupnya,” jelas Ashraf kepada mStar Online.
Tambah pelakon ini, dia menapatkan maklumat dan pandangan daripada pihak jabatan agama tentang punca utama masalah perceraian dan memang mengejutkan ia daripada laman sosial. Ashraf juga tidak membenarkan anak-anak mereka mempunyai laman sosial seperti anak selebriti lain.
“Biar saya seorang sahaja yang ada laman sosial kerana saya perlu promosikan drama-drama yang saya terbitkan, mereka bukan artis untuk berbuat begitu. Anak-anak pun saya tidak mahu ada laman sosial kerana mereka adalah ahli syurga dan tidak ada dosa lagi (belum cukup umur), jadi mengapa perlu dedahkan mereka kepada perkara tidak bermanfaat,” katanya. (rtky/s)

0 Response to "Ashraf Muslim Nasihat Isteri Isteri Tutup Laman Sosial, Elak Perkara Negatif"

Post a Comment