Sharifah Sakinah Mohon Maaf, Akan Berubah Perlahan Lahan

Sharifah Sakinah Mohon Maaf, Akan Berubah Perlahan Lahan



Baru-baru ini, ketika berada di Tanah Suci untuk mengerjakan umrah, sekeping gambar daripada Sharifah Sakinah bersama suami dengan menjelirkan lidah telah membuatkan sesetengah warga laman sosial marah dengan tindakan tersebut. Melalui Kosmo! Online, pelakon ini memohon maaf mengenai perkara tersebut.
“Beginilah, sebenarnya saya tidak mahu hal itu dipanjangkan lagi. Kalau apa yang saya lakukan itu membuat peminat bergaduh di laman sosial, saya betul-betul minta maaf. Saya tidak mahu disebabkan saya, orang bergaduh atau memaki hamun tidak tentu pasal”
“Bagi saya senang sahaja, apabila saya buat salah, saya minta maaf dan tidak mahu menyimpan dendam dengan orang lain. Jadi saya salahkan diri sendiri di atas kejahilan atau kesalahan saya,” katanya mengenai perkara tersebut.
Bagaimanapun, bagi Sakinah, dia percaya setiap individu mempunyai hak untuk bersuara namun biarlah cara menegur atau pendapat itu disuarakan dengan baik dan bukan menggunakan kata-kata kesat.
Selain itu, Sakinah turut dicemuh kerana ada yang menyifatkan dirinya tidak berubah selepas pulang daripada mengerjakan umrah. Bagi Sakinah, perkara tersebut adalah urusannya dengan Tuhan malah dia sendiri berharap dan percaya dirinya akan berubah kepada positif secara perlahan-lahan. (rtky/s)

0 Response to "Sharifah Sakinah Mohon Maaf, Akan Berubah Perlahan Lahan"

Post a Comment