Adira AF Kini Sudah Hamil?
ika benar apa yang menjadi teka teki ketika ini, tahniah kami ucapkan kepada Adira AF dan juga suami, Datuk Seri Adenan Abu. Khabar angin bahawa Adira sudah mengandung mula timbul apabila suaminya itu meninggalkan komen dalam emoticon botol susu – mungkin memberi gambaran cahaya mata.
UPDATE-1: Melalui BH Online, Adira enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan selain menyifatkan ucapan tahniah daripada peminat sebagai doa kepadanya.
Peka dengan komen tersebut, rakan-rakan dan juga peminat Adira mula mengucapkan tahniah di atas perkara tersebut. Bagaimanapun, Adira tidak mengiyakan atau menafikan perkara tersebut di ruangan komen.
Semoga semuanya berjalan lancar dan pastinya Adira akan berkongsi kegembiraan jika dia dan juga suami sudah bersedia. (rtky/s)
0 Response to "Adira AF Kini Sudah Hamil?"
Post a Comment