DAIYAN TRISHA TAK KISAH KELUAR TANPA SOLEKAN

DAIYAN TRISHA TAK KISAH KELUAR TANPA SOLEKAN



Daiyan Trisha Tak Kisah Keluar Tanpa Solekan

Pendatang baru Daiyan Trisha tidak kisah keluar rumah tanpa mengenakan sebarang solekan di wajah dan selesa menjadi diri sendiri.

Penyanyi lagu Jatuh itu berkata, kecantikan dalaman lebih penting berbanding luaran.

“Saya percaya kecantikan sebenar datang dari dalam dan dalaman yang sihat akan membuatkan saya nampak lebih berseri. 

“Kesempurnaan itu adalah saya dan saya lebih selesa tidak memakai make-up kerana saya seorang yang simple,” katanya.

Tambahnya, sebagai selebriti dia perlu memastikan penampilannya sentiasa menarik kerana sering menjadi perhatian orang ramai.

“Saya rasa macam selalu diperhatikan semua orang. Rasa macam semua orang tengok dan nilai apa yang saya pakai di badan, di muka dan segala-galanya.

“Tetapi mereka hanya dapat melihat luaran sahaja dan saya perlu tunjukkan diri saya yang sebenar kerana ingin membuktikan kesihatan dalaman juga penting jika mahu kelihatan sempurna,” ujarnya.
Sumber : Astro Gempak

0 Response to "DAIYAN TRISHA TAK KISAH KELUAR TANPA SOLEKAN"

Post a Comment