Remy Ishak Nafi Tiru Bau Minyak Wangi Che Ta

Remy Ishak Nafi Tiru Bau Minyak Wangi Che Ta



Baru sahaja melancarkan produk wangian sendiri, Remy Ishak bagaimanapun berhadapan pula dengan dakwaan bahawa minyak wangi keluarannya mempunyai bau seakan-akan sama seperti produk keluaran Che Ta.
“Sama? Entahlah, saya tidak pernah pula mencuba wangian tersebut. Apa yang boleh saya katakan wangian agak subjektif untuk ditafsirkan dan persamaan itu mungkin secara kebetulan,” jelasnya kepada mStar Online.
Tambah Remy, dia mengakui ralat apabila ada artis lain turut mengeluarkan minyak wangi berjenama sendiri sedangkan dia sendiri dalam masa yang sama sudah mahu melakukan perkara tersebut sekian lama.
“Namun, itu bukanlah menjadi masalah bagi saya. Sekadar ralat kerana artis lain yang buat dulu apa yang kita rancangkan, itu saja”
“Idea untuk keluarkan produk wangian ini sudah timbul sejak tiga tahun lalu namun atas dasar sibuk mencipta nama di dalam arena lakonan, saya pendamkan dahulu hasrat itu. Tambahan pula ketika itu saya tiada team untuk melaksanakannya,” kata Remy. (rtky/s)

0 Response to "Remy Ishak Nafi Tiru Bau Minyak Wangi Che Ta"

Post a Comment