Suka ‘Berselfie’? 5 Jenis Selfie Ini Sebenarnya Buat Orang Menyampah!

Suka ‘Berselfie’? 5 Jenis Selfie Ini Sebenarnya Buat Orang Menyampah!


Tren mengambil gambar selfie memang sudah menjadi kebiasaan, terutama anak muda yang aktif bermedia sosial.
Ada sahaja gambar selfie yang hendak diambil dan dikongsikan di Instagram, Facebook dan sebagainya dari semasa ke semasa.
Ke mana-mana sahaja hingga ke tandas pun nak berselfie. Tapi, tanpa kita sedar, gambar yang kita muat naik tu sebenarnya jelik dan buat orang menyampah.
Mesti ramai yang setuju bahawa ada beberapa jenis selfie ini, sangat menjengkelkan di laman sosial!

Selfie berpura-pura tidur

1
Ni memang buat orang menyampah. Selfie atas katil sambil tutup mata seperti sedang tidur. Sedangkan kita masih berjaga dan ambil gambar tu sendiri. Kalau dah tangan terjungkit tu nampak sangat kita sendiri yang gambil gambar.

Selfie bajet cute

Selfie (1)
Kadang-kadang ada yang bergambar dengan sesuatu yang comel seperti kanak-kanak, semata-mata untuk mintak ‘likes’. Memang meluat bila anda sendiri yang buat muka bajet cute konon sama comel dengan kanak-kanak tersebut.

Selfie muncung itik

selfie
Gambar selfie jenis ni memang dari dulu lagi menjelikkan. Mulut dimuncungkan untuk nampak kurus dan efek muka runcing. Gadis-gadis je yang selalu buat. Tapi lagi teruk kalau lelaki pun dok buat sama. Jelik!

Selfie di gim

4dcd69f02cdd06de8d67469569e9bfe0
Ni memang selalu tengok kan. Pergi gym, lepas tu ambil selfie gambar badan yang berketul-ketul. Nampak seperti menunjuk dan meminta orang mengagumi badan sado tu pulak dah. Memang menyampah dengan orang macam ni.

Selfie latar belakang jelik

selfie-tips
Masalah apabila berselfie ialah tidak peka dengan keadaan sekeliling dan juga latar belakang. Ada yang berselfie dalam bilik yang bersepah. Itu dah menunjukkan tahap kebersihan kita dekat mana. Menyampahnya!

0 Response to "Suka ‘Berselfie’? 5 Jenis Selfie Ini Sebenarnya Buat Orang Menyampah!"

Post a Comment