Dato' Siti Nurhaliza Kini Sudah Hamil?

Dato' Siti Nurhaliza Kini Sudah Hamil?


Jika benar berita yang disampaikan ini, pastinya ia memberikan khabar gembira bukan sahajaDato’ Siti Nurhaliza dan keluarga sahaja malah peminat juga pastinya tidak sabar menunggu cahaya mata pertama penyanyi tersohor ini.
Dato’ Siti Nurhaliza Kini Hamil?_in - ROTIKAYA
Menurut laporan daripada BH Online, Siti dikhabarkan kini sudah hamil dan perkara itu diberitahu melalui sumber yang menyatakan perkara tersebut disampaikan sendiri oleh anak lelaki tirinya, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu.
Selain itu, khabar angin ini dikuatkan lagi tiupannya melalui gambar susu kambing dan juga kurma yang dimuatnaik sendiri oleh Siti Nurhaliza di Instagram. Katanya, apa yang diamalkan oleh penyanyi itu digemari ibu mengandung kerana mempunyai banyak khasiat.
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Siti dilanda berita sebegini namun dalam masa yang sama, jika perkara ini benar, kami ucapkan tahniah dan mendoakan agar semuanya dalam keadaan baik-baik belaka kepada pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sejak dari Ogos 2006. (rtky/s)

0 Response to "Dato' Siti Nurhaliza Kini Sudah Hamil?"

Post a Comment