Nabila kakak Neelofa syok sendiri upload gambar dengan Sharnaaz? (5 gambar)

Kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila menegaskan dia bukanlah mahu 'syok sendiri' apabila memuat naik foto-foto mesranya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Hubungan istimewa yang terjalin dengan aktor itu sejak lima bulan lalu adalah atas rasa keikhlasan kedua-dua belah pihak.

"Saya sedar bila saya muat naik gambar kami bersama ramai pengikut laman sosial menyifatkan saya hanya syok sendiri sedangkan hubungan istimewa yang terjalin antara kami adalah lahir secara ikhlas.

"Saya pernah beritahu dia kalau ada wartawan bertanya tentang hubungan ini, saya akan berterus terang dan tidak mahu orang beranggapan saya hanya syok sendiri

"Saya faham kenapa dia tidak mahu bercakap tentang hubungan kami kerana dia sudah serik dan tidak mahu jadi seperti hubungan sebelum ini.

"Sharnaaz tidak mahu keluarga menanggung malu kalau hubungan tersebut tidak menjadi," Ujar Nabila memetik portal mStar.

0 Response to "Nabila kakak Neelofa syok sendiri upload gambar dengan Sharnaaz? (5 gambar)"

Post a Comment