Guru Besar Hilang : Polis Guna Khidmat Pasukan Paranormal PDRM

Guru Besar Hilang : Polis Guna Khidmat Pasukan Paranormal PDRM



KUALA KUBU BHARU, 6 Nov - Khidmat pasukan paranormal PDRM kini digunakan oleh PDRM bagi mengesan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jasiah Rabu setelah usaha mencarinya sejak 12 hari lepas menemui jalan buntu.

Selain dari khidmat pasukan paranormal, bacaan Yasin juga akan diadakan esok di sekitar kawasan pondok yang dipercayai menjadi lokasi terakhir Jasiah berada.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Abdul Rahman Yahya Zikir, bacaan Yasin akan dikendalikan oleh Unit Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM.

"Kita menggunakan khidmat pasukan paranormal PDRM sebagai ikhtiar selepas semua usaha dilakukan untuk mencari Jashiah sejak 12 hari lepas menemui jalan buntu," katanya memetik laporan dari Bernama.

Seramai 40 anggota dari PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, JPAM dan Rela akan menyertai bacaan Yasin tersebut.

Kali terakhir Jashiah dilihat adalah pada petang 23 Oktober lepas oleh jirannya dan kehilangan Jasiah mula disedari apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang dan mendapati Jashiah tiada di rumah dan pintu rumah mereka terbuka.

Jashiah dikatakan menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling. Dia dipercayai berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh 10 KM. - Siakapkeli.my

0 Response to "Guru Besar Hilang : Polis Guna Khidmat Pasukan Paranormal PDRM"

Post a Comment