Produk Dherbs Bakal Diboikot Di Indonesia,Ini Dia Komen Balas Panas Dari Aliff Syukri

Produk Dherbs Bakal Diboikot Di Indonesia,Ini Dia Komen Balas Panas Dari Aliff Syukri

Sebelum ini viral satu Malaysia apabila Dato` Aliff Syukri di katakan telah berkongsi tentang kes penangkapan semua pembantu rumahnya yang mencuri wang dan hartanya sehingga nilai mencecah RM 100,000. Video itu menjadi viral besar sehingga sampai ke pengetahuan warga di Indonesia.
Ekoran kerana warga mereka di tangkap secara live dan videonya di tonton oleh ratusan ribu orang, ia telah mencetus kemarahan beberapa netizen di sana sehingga jika di laman youtube, ada ramai yang memberi komen kecaman kepada Dato Aliff dan keluarga.Aliff Syukri juga selalu aktif menggunakan laman facebook dan juga facebook live untuk berinterakis dengan semua peminatnya secara langsung.
Ketika satu live video, ada peminatnya bertanya bahawa produk Dherbsnya bakal di boikot di Indonesia lantaran netizen di sana agak tersinggung dan marah dengan apa yang di perlakukan Dato` kepada pembantu rumahnya sebelum ini. Ekoran pertanyaan itu, Aliff Syukri dilihat tidak terkejut dengan hal itu malah menyifatkan ia tomahan yang tidak menjejaskan rezekinya.
Dato Aliff dan isteri yakin masih ada ramai lagi pihak yang akan menyokong produk mereka

0 Response to "Produk Dherbs Bakal Diboikot Di Indonesia,Ini Dia Komen Balas Panas Dari Aliff Syukri"

Post a Comment