AYAH, KENAPA DIA PAKAI BENDA ATAS KEPALA TU (TUDUNG)”, JAWAPAN MAT SALLEH INI KPD ANAKNYA PATUT DIJADIKAN CONTOH OLEH SEMUA ORANG.




Apa yang anda akan katakan kepada anak anda sekiranya mereka tiba-tiba bertanya mengenai hal-hal sensitif seperti agama dan perkauman yang menimbulkan perasaan ingin tahu mereka?
Kebanyakan ibu bapa buntu apabila anak-anak mereka bertanyakan soalan seumpama itu malah ada juga yang menjawab sekadar melepas batuk di tangga dengan jawapan ‘Biarlah dia”, “Jangan sibuk hal orang”, “Jangan tiru dia tu” dan lain-lain.
Sekiranya anda menjawab dengan jawapan sebegitu, ia secara tidak langsung akan meninggalkan impak negatif dalam diri anak anda kerana soalan yang ditanya mereka itu seolah-olah satu benda yang negatif walhal ia cuma satu pertanyaan.
Tapi, apa jawapan yang paling tepat untuk soalan sensitif seperti itu? Seorang jurnalis muslimah di Washington DC, Noor WazWaz, menceritakan pengalamannya terdengar perbualan seorang bapa dengan dua anak perempuannya di sebuah restoran di sana. Secara tiba-tiba, salah seorang dari anaknya itu bertanyakan soalan yang sensitif dan jawapannya membuatkan WazWaz tersentuh.
Ikuti kisah yang diceritakan oleh WazWaz.
“Saya sedang menikmati makanan di sebuah restoran dan ada seorang ayah duduk bersama dua anak perempuannya. Saya terdengar perbualan mereka. Anak-anaknya itu suka mengajukan soalan. Saya tertarik dengan perasaan ingin tahu mereka
“Salah seorang dari anak lelaki itu bertanya ‘Ayah, kenapa dia pakai benda atas kepala tu (tudung)?’. Ayahnya menjawab dengan satu jawapan yang membuat hati saya tersentuh.
“Dia berkata : ‘Dalam dunia ni ada banyak agama, budaya dan bahasa. Kita perlu belajar tentang mereka semua’
“Dia kemudian meneruskan perbualan dengan berkongsi pengalamannya ketika dia tinggal di luar negara dan belajar bercakap bahasa Spanish.
“Apa yang saya dengar itu mengingatkan saya dengan satu kajian Harvard yang berkata : ‘Kanak-kanak yang didedahkan dengan kepelbagaian kaum dilihat lebih cenderung untuk menerima perkara itu seawal umur 3 tahun, atau dalam masa beberapa hari sahaja
“Pengajaran kisah ini : Ini caranya anda mengajar tentang kasih sayang, penerimaan, memahami antara satu sama lain dan respek. Ia bermula pada umur yang muda. Kanak-kanak dengar dan meniru cara dan pandangan ibu bapa mereka. Anda adalah role-model mereka.”
Kisah yang disampaikan oleh WazWaz itu mendapat hampir 30,000 perkongsian dalam masa satu hari ia dimuat naik di Facebook.
Sumber : Siakapkeli.my

0 Response to "AYAH, KENAPA DIA PAKAI BENDA ATAS KEPALA TU (TUDUNG)”, JAWAPAN MAT SALLEH INI KPD ANAKNYA PATUT DIJADIKAN CONTOH OLEH SEMUA ORANG."

Post a Comment