Jodoh pertemuan itu adalah rahsia Allah. Begitu juga dengan ajal dan maut. Tapi pernahkah anda membayangkan bahawa zuriat juga itu rahsia Allah?
Umum bagi yang sudah berumah tangga ingin mengecapi saat-saat indah dalam perkongsian hidup mereka dalam alam perkahwinan dan mempunyai zuriat.
Tapi jika belum ada rezeki, jangan pertikaikan kerja tuhan. Ini kerana jika kita mengeluh seolah-olah menidakkan kekuasaan tuhan yang maha besar.
Di sini kami kongsikan artikel yang kami petik dari sumber. Jom kita baca sepenuhnya di bawah ini:
Penyanyi Mark Adam akui tidak pernah tertekan apabila kerap diajukan soalan mengenai cahaya mata walaupun usia perkahwinannya sudah mencecah 14 tahun.
Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam berkata rezeki masih belum berpihak kepadanya dan menyerahkan perkara itu kepada aturan tuhan.
“Tidak dinafikan memang setiap kali raya orang akan bertanya mengenai soal anak namun saya anggap pertanyaan itu adalah normal untuk diajukan kepada pasangan yang sudah berkahwin.
“Waktu mula-mula dulu memang ada sedikit tertekan tapi lama-kelamaan saya dan isteri rasa biasa saja.
“Saya dan isteri sangat sukakan budak-budak dan saya percaya pada rezeki tuhan, kita tunggu sajalah,” katanya.
Mark ditemui pada sidang media pelancaran filem The Secret Life of Pets versi Bahasa Melayu yang diadakan di Hotel St. Regis baru-baru ini.
Selain Mark, selebriti lain yang turut terlibat dalam pengalihan suara adalah Nora Danish, Sherry Alhadad, Che Puan Juliana Evans, Fahrin Ahmad dan Hisyam Hamid.
The Secret Life of Pets versi Bahasa Melayu akan mula ditayangkan pada Ahad, 25 Jun depan bermula jam 8.00 malam di HBO (saluran 411) dan HBO HD (saluran 431).
Terdahulu, Mark Adam, 37, telah mendirikan rumah tangga bersama Norazah Redzuan, 36, sejak 2003.
Sumber: AstroGempak
0 Response to "14 Tahun Kahwin Mark Adam Masih Belum Timang Cahaya Mata"
Post a Comment