Menjadi seorang pendidik diakui amat mencabar pada zaman sekarang. Silap jatuh hukuman kepada pelajar akibatnya cikgu bakal disaman oleh ibu bapa. Nasib yang hampir serupa berlaku dalam kes terbaru di Negeri Sembilan Selasa lalu.
Seorang murid darjah dua dan dua lagi rakannya sedang bermain pensel dan tidak menumpukan perhatian ketika cikgu terbabit sedang mengajar di dalam kelas. Tindakan murid tersebut yang membuat bising membuatkan cikgu tersebut menampar murid tersebut.
Tidak cukup itu, cikgu tersebut bertindak menggeser penajam pensel sehingga panas dan menekap pada wajah murid tersebut. Akibatnya bahagian muka murid tersebut mempunyai kesan melecur seperti terbakar.
Perkara tersebut kemudian diketahui oleh ibu bapa murid berkenaan. Bapa mangsa, Mohd Firdaus telah membuat aduan dan meminta bantuan dari wakil rakyat Port Dickson. Tegas ahli undangan negeri tersebut, pelajar sekolah rendah berkelakuan nakal adalah perkara biasa.
Tambahnya, cikgu tersebut pula sanggup mengambil tindakan yang agak kejam dan keterlaluan untuk menghukum pelajar. Menurutnya lagi, laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat untuk dan tindakan undang-undang bakal diambil oleh ahli keluarga tersebut untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pihak sekolah juga telah memohon maaf kepada ibu bapa mangsa terbabit dan berjanji akan membuat tindakan sewajarnya ke atas cikgu terbabit kerana perbuatan tersebut tidak akan dibiarkan saja.
0 Response to "Akibat Murid Tidak Beri Perhatian Dalam Kelas, Cikgu Tekap Pengasah Pensil Panas Sehingga Melecur Dan Membengkak"
Post a Comment