Artikel kali ini akan mengupas mengenai tanda-tanda orang yang membela hantu raya. Hantu raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Hantu raya ini digambarkan mempunyai badan yang besar, tinggi lebih kurang 8 kaki dan badan hantu raya ini bebulu-bulu.
Memetik kata-kata seorang pendakwah bebas yang bernama Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz yang disiarkan dalam sebuah tabloid, individu yang membela hantu raya boleh dikenal pasti berdasarkan beberapa kriteria. Antara kriteria tersebut adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini:
- Takut bertentang mata apabila bercakap
- Gementar dan keluh kesah apabila berjumpa dengan orang alim
- Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada dalam majlis ilmu
- Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat
- Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luar biasa apabila melakukan kerja-kerja berat
- Apabila keluar rumah, orang itu tidak akan memberitahu ahli keluarga terutama isteri tentang hal itu
- Kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan
- Apabila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk dengan keputusan yang dibuatnya
- Mempunyai tenaga seks luar biasa ketika bejimak dengan isteri
- Kerap bersetubuh.
Ustaz Abu Bakar berkata bahawa undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat yang diingininya dengan bantuan makhluk itu. Tujuan orang membela hantu raya, toyol, dan yang sewaktu dengannya adalah untuk meminta pertologan dari hantu, jin atau syaitan ini untuk mencuri duit (kaya), menyihir orang, melindung diri, kebal, kuat, cantik, pelaris, pengasih dan lain-lain lagi. Hukum meminta pertolongan daripada hantu, jin atau syaitan ini adalah haram, syirik dan berdosa besar.
Semua pertolongan jin ini bukan percuma, jin akan menuntut balasan kepada tuannya. Apabila tuannya meninggal dunia perjanjian syaitan tersebut ialah ia mesti diwarisi kepada anak cucu dia sebagai penjaga atau tuannya. Inilah yang dinamakan saka. Saka inilah yang mendatangkan huru hara. Suami isteri bercerai, cepat naik angin, mengalami sakit misteri, dan kadang-kadang menjadi gila.
Walau apa pun hantu yang mereka (orang-orang yang menyimpang) gunakan, kita sebagai manusia tidak perlu merasa takut. Cuma kita kena berhati-hati dan mengetahui cara nak mengatasinya. Kita boleh menakutkan hantu ni. Dalam erti kata lainnya hantu yang takut pada kita.
Amalan untuk menakutkan hantu ialah dengan membaca ayatul kursi, jika tidak hafal cukup dengan membaca surah al-Ikhlas, al-Falak dan an-Nas. Bacalah pagi dan petang. Jika rumah berhantu atau orang kena rasuk oleh makhluk halus, bacakan ruqyah. Namun jika susah untuk baca, pasangkan kat radio dan perdengarkan ruqyah di tempat mana hantu itu mengganggu. Baca atau perdengarkan ayat ruqyah itu tadi pada air putih dan diberi minum orang yang kena rasuk, atau yang ada saka tadi. InsyaAllah hantu atau jin itu akan melarikan diri dan jika berdegil ia akan mati dengan izin Allah.
Seperti yang telah kita sedia maklum, hantu, jin dan juga syaitan ini suka menyakat, mengacau dan merasuk orang yang kurang membaca al-Quran. Ini bermaksud orang yang tidak sembahyang dan tidak membaca al-Quran memang menjadi kesukaan jin, syaitan dan iblis ini.
Justeru itu, perbanyakkanlah membaca ayat al-Quran. Sesibuk mana pun kita cubalah untuk membaca al-Quran walaupun hanya satu atau dua ayat sahaja dalam sehari kerana hantu, jin dan syaitan merasa panas apabila mendengar ayat-ayat Allah. Kepada Allah jua kita berlindung dari kejahatan jin, syaitan dan juga kejahatan manusia itu sendiri.
0 Response to "10 Tanda Orang Yang Membela Hantu Raya"
Post a Comment