TAHNIAH!! DATUK SITI NURHALIZA HAMIL 2 BULAN.. INILAH REAKSI WAJAH DATO K SELEPAS TAHU ISTERINYA HAMIL...





#KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dikhabarkan kini hamil.

#Sumber terdekat memaklumkan, perkhabaran gembira itu disampaikan oleh anak lelaki tiri Siti, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu.

#Pelantun lagu `Jaga Dia Untukku' menguatkan lagi desas desus berita gembira itu dengan memuat naik sekeping gambar susu kambing dan kurma di laman sosial Instagram miliknya.



#Kombinasi minuman yang dibuat oleh Siti Nurhaliza itu dikatakan digemari ibu mengandung kerana mempunyai banyak khasiat



#GAMBAR dengan mesej 'susu kambing + kurma ...selamat pagi' yang dimuat naik di laman sosial Instagram milik Datuk Siti Nurhaliza.

#Siti Nurhaliza atau nama penuhnya, Siti Nurhaliza Tarudin mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

#Namun, empunya badan belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkhabaran gembira itu.

#Berita mengenai kehamilan Siti sering menjadi bualan hangat dan bukan kali pertama beliau terpalit dengan kontroversi begini.

#BH Online mengucapkan tahniah seandainya perkhabaran itu benar.

0 Response to "TAHNIAH!! DATUK SITI NURHALIZA HAMIL 2 BULAN.. INILAH REAKSI WAJAH DATO K SELEPAS TAHU ISTERINYA HAMIL..."

Post a Comment