Zarina Anjoulie Sudah Bernikah, Mulakan Hidup Baru?
Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan pelakon yang dulu seringkali terpalit dengan kontroversi, iaitu Zarina Anjoulie, khabarnya dia kini sudah pun bernikah dengan lelaki pilihan dan kini berada di Brunei.
Perkara tersebut dikukuhkan lagi apabila dia menjawab pertanyaan peminatnya dengan menggelarkan lelaki tersebut sebagai suaminya. Melalui muatnaik gambar Instagram Zarina sebelum ini dengan bertudung litup, kemungkinan juga majlis pernikahan tersebut berlangsung ketika di pulang ke Ipoh baru-baru ini.
Jika benar apa yang dikhabarkan ini, tahniah kepada Zarina dan semoga ikatan yang terjalin akan berkekalan hingga ke akhir hayat. (rtky/s)
0 Response to "Zarina Anjoulie Sudah Bernikah, Mulakan Hidup Baru?"
Post a Comment