Gaji Tak Naik-Naik? 5 Cara Mudah Untuk Naik Gaji!

Gaji Tak Naik-Naik? 5 Cara Mudah Untuk Naik Gaji!


Ada yang dah kerja dua tiga tahun, tapi gaji sama je. Paling-paling pun dapat bonus je tiap-tiap tahun.
Apa silapnya sampai gaji anda masih di ‘takuk’ yang sama je?
Jadi, kami senaraikan 5 cara mudah dan berkesan supaya gaji anda boleh naik!

1. Rajin-rajinlah jumpa dengan bos

1a
Jadualnya mungkin padat, tapi anda boleh cuba mengajaknya minum kopi bersama sebulan sekali, untuk lebih mengenali dan supaya anda sentiasa diingati.
Bincangkan tentang sasaran anda mengenai syarikat dan elakkan bercakap tentang orang lain dalam pejabat.

2. Jangan melenting apabila dikritik

2a
Masalah pekerja sekarang, apabila kena kritik je mula nak melenting. Kritikan itu sesuatu yang bagus dan untuk memajukan karier anda juga. Kalau kena kritik dah melenting, bos pun tak suka!

3. Ajak rakan sekerja keluar minum kopi

3
Hah.. kenapa ianya penting? Apabila anda lepak dengan orang yang berbeza, anda berpeluang untuk bertanyakan tentang pengalaman mereka dalam syarikat  tersebut dan bagaimana mereka boleh berjaya.
Ambil tips-tips penting tersebut. Bukan sembang kosong okay!

4. Kekal positif

4
Mereka yang kuat mengadu dan asyik berdepan kesukaran bekerja dengan orang lain bukanlah orang yang berjaya.
Jika anda jenis suka mengeluh bila diberikan tugasan, nama anda akan jadi buruk di mata bos. Tak ada la naik gaji!

5. Minta apa yang dihajati

7119b694f737e5e9acfdb37720f15928
Sebagai contoh, beritahu pada majikan yang anda ingin naik pangkat atau gaji. Bila nak semua tu, maka kerja pun akan bertambah. Buat perbincangan bersama majikan untuk tentukan hala tuju kerjaya anda.

0 Response to "Gaji Tak Naik-Naik? 5 Cara Mudah Untuk Naik Gaji!"

Post a Comment