SURPRISE..!! - SUMBER KELUARGA SAHKAN SITI NURHALIZA HAMIL 2 BULAN

Surprise!!!

Kalau sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza, menafikan tentang berita kehamilannya, namun khabar terkini lain pula ceritanya.  Menurut ahli keluarga penyanyi tersebut yang enggan dikenali, usia kandungan Siti sebenarnya sudah berusia hampir dua bulan!



Menurut mereka, mungkin disebabkan kehamilan tersebut masih di peringkat awal, maka ia menyebabkan Siti enggan berkongsi berita gembira itu dengan para peminatnya.Bak kata orang, apa-apapun boleh berlaku diawal kehamilan.

Namun seandainya semua berjalan dengan baik dan rezeki menyebelahi, Siti dijangka bersalin sekitar Jun atau Julai 2016.

"Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu," ujar sumber itu dipetik melalui Utusan Malaysia.

"Seluruh keluarga terdekat mengetahui akan berita kehamilan itu beberapa hari sebelum majlis akad nikah anak tiri Siti, Asyraf Khalid yang berlangsung pada 1 November lalu.

"Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak 'mengiyakan' berita kehamilan itu. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat 'penafian' kerana memang benar Siti sudah hamil.

"Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kan­dungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan.

"Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini. Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua.

"Apa yang penting, kita semua memberikan doa agar Siti Nurhaliza yang kita sayangi sentiasa sihat dan melahirkan bayi sulungnya dengan selamat pada tahun depan," tambah sumber yang terdiri daripada keluarga terdekat Siti sendiri.

Difahamkan, Siti tidak terbang ke Palembang, Indonesia bagi meraikan majlis resepsi pernikahan Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin yang berlangsung di sebelah pihak perempuan, malam ini atas nasihat doktor yang memintanya supaya tidak menaiki penerbangan dalam waktu awal kehamilannya.

Spekulasi kehamilan Siti Nurhaliza tercetus pada malam pertama konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya pada 7 November lalu apabila penyanyi Hetty Koes Endang secara tiba-tiba melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut penyanyi berkenaan.

Selain itu juga, gurau senda ke­dua-dua penyanyi berkenaan di pentas juga merancakkan lagi spekulasi mengenai kehamilan tersebut.

0 Response to "SURPRISE..!! - SUMBER KELUARGA SAHKAN SITI NURHALIZA HAMIL 2 BULAN"

Post a Comment