“Jadi Model Boleh, Jual Ais Krim Pun Boleh,” Kisah Gadis Tunggang Motosikal Jual Ais Krim Tular Di Media Sosial

LANGKAWI: Sejak semalam menjadi tular di laman sosial beberapa keping gambar dan video yang memaparkan kelibat seorang gadis menunggang motosikal meredah kawasan kampung menjual ais krim.
Video dan gambarnya menjual ais krim sambil dikerumuni kanak-kanak menjadi tular di mana ratusan ribu orang telah menonton video berkenaan.
Rata-rata netizen memuji semangat gadis berkenaan yang dilihat tidak memilih kerja dan tidak kekok dengan pekerjaan tersebut dan amat jarang dipelopori oleh wanita apatah lagi gadis muda.
Difahamkan gadis yang dikenali dengan nama Syamimi Azhari ini merupakan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM), dia menyatakan menjual ais krim merupakan kerja masa lapangnya ketika musim cuti semester termasuklah mengambil tempahan di majlis-majlis kenduri kahwin.
Dia yang juga merupakan seorang model sambilan menyatakan itu adalah perniagaan keluarganya di mana dia kini hanya akan membantu jika berkelapangan.
“Ini adalah kerja sampingan isi masa lapang semasa full time belajar, kalau cuti inilah kerja saya, tak kira banyak mana untung pun tapi seronok bila jumpa dengan ramai orang dan berkata semua positif,” tulisnya dilaman Facebook. – Siakapkeli.my



0 Response to "“Jadi Model Boleh, Jual Ais Krim Pun Boleh,” Kisah Gadis Tunggang Motosikal Jual Ais Krim Tular Di Media Sosial"

Post a Comment