Fasha Sandha & Nedim Ini Berperang Di Instagram. Betul ke?




Fasha Sandha & Nedim Ini Berperang Di Instagram. Betul ke?

Ini mungkin hanya spekulasi atau andaian dari netizen. Isu ini terjadi selepas netizen mula perasan suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri ada muatnaik satu kenyataan di Instagram Stories berkaitan dengan seorang individu dan turut berkaitan dengan anak.
Namun Nedim tidak menyatakan nama sesiapa dalam tulisannnya itu. Ia bermula apabila isu anak perempuan Fasha Sandha sedikit luka di bahagian berdekatan dengan mata setelah dijaga oleh bekas suaminya.
Oleh kerana itu, Fasha turut memuatnaik kenyataan balas di Instagram Stories yang turut menjelaskan situasi sebenar.
Sudah jelas, Nedim tidak menujukan perkara tersebut kepada Fasha. Memuatnaik kembali kenyataannya sebelum ini, Nedim ada menekankan perkataan him dan his selain satu video yang menyatakan perkara tersebut bermaksud anak lelaki dan bukannya anak perempuan.
Buat masa ini akaun Instagram Fasha Sandha sudah diprivasikan dan hanya pengikutnya sahaja boleh meleihat perkembangan pelakon jelitan ini. Sememangnya perbalahan ini seperti bermain tarik tali. Ada sahaja isu yang berbangkit dan kami berdoa suatu hari mereka mampu untuk berbaik semula.

0 Response to "Fasha Sandha & Nedim Ini Berperang Di Instagram. Betul ke?"

Post a Comment