Terima Teguran Ustaz, Syarul Ridzwan Kembali Tukar Nama Asal

Terima Teguran Ustaz, Syarul Ridzwan Kembali Tukar Nama Asal



Jika sebelum ini, tuan badan memilih nama Syarul Ridzwan untuk tujuan komersial, namun kini pelakon tersebut kembali menggunakan nama sebenarnya, Saharul Ridzwan, setelah menerima teguran daripada ustaz.
“Sebelum ini, saya sekadar mencipta nama Syarul kerana memikirkan aspek komersial. Bagaimanapun, selepas ditegur ustaz yang saya kenali, beliau menyarankan supaya saya menukar kepada nama asal saja”
“Ustaz itu memberitahu, nama Syarul sebelum ini lebih kurang bermakna sejahat-jahat manusia. Jadi, saya fikir tidak salah untuk menukarnya kepada nama asal saya,” jelasnya kepada BH Online.
Semoga setelah bertukar nama asal ini kehidupan Saharul akan sentiasa dilimpahi rezeki. Rata-rata peminat pun tidak berapa kisah sangat asalkan perkara tersebut membawa kebaikan kepada pelakon tersebut. (rtky/s)

0 Response to "Terima Teguran Ustaz, Syarul Ridzwan Kembali Tukar Nama Asal"

Post a Comment