Najwa Latif Mahu Jaga Kesihatan, Kini Kawal Pemakanan

Najwa Latif Mahu Jaga Kesihatan, Kini Kawal Pemakanan



Demi menjaga kesihatan selain turut dinasihati ibunya untuk menurunkan berat badan, penyanyi Najwa Latif kini telah pun mengamalkan diet sejak beberapa bulan lalu. Tambanya, keluarganya juga ada yang turut menghidap penyakit kencing manis.
"Berat saya kini sudah menurun daripada 60 kilogram (kg) kepaada 50 kg. Saya buat perkara itu namun atas permintaan ibu yang bimbang saya akan menghidap penyakit jika tidak mengawal berat badan”
“Dia bimbang sangat kerana keluarga kami memang ada yang menghidap penyakit kencing manis. Saya tidaklah kurus sangat, mungkin orang dah lama tidak nampak saya muncul di televisyen sahaja berkata demikian,” jelasnya kepada mStar Online.
Kata Najwa, ketika ini dia mengamalkan pemakanan yang seimbang dan bukanlah mahu kurus secara mengejut.
“Saya berdiet sikit-sikit sahaja dan bukan dilakukan mendadak. Lagi pula saya rasa selesa dengan berat badan kini. Kalau boleh nak turunkan sikit lagi,” ujarnya. (rtky/s)

0 Response to "Najwa Latif Mahu Jaga Kesihatan, Kini Kawal Pemakanan"

Post a Comment