Shahz Jaszle Akui Kerjaya Suram Kerana Kes Khalwat

Shahz Jaszle Akui Kerjaya Suram Kerana Kes Khalwat



Terpalit dengan kejadian ditangkap khalwat pada Mei 2013 lalu bukanlah sesuatu yang menarik malah Shahz Jaszle mengakui perkara tersebut memberi kesan buruk kepada kehidupan peribadinya selain mengakibatkan kerjayanya suram.
“Apa yang dirancang wanita itu berjaya, dia berjaya putuskan hubungan pertunangan saya dan rosakkan nama saya dalam industri. Tentang jodoh itu mungkin sudah ditetapkan Allah, namun kerjaya saya juga selepas kejadian itu agak malap kerana ramai produksi yang tidak mahu panggil saya berlakon”
“Namun Alhamdulillah tawaran sudah kembali semula,” jelas Shahz kepada mStar Online. Selain itu menurut Shahz, dia tidak kisah untuk turun naik mahkamah berulang kali kerana dia mahu membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah.
“Saya tidak kisah orang fikir apa tentang saya atau ingat kes ini walaupun sudah dua tahun berlalu. Saya juga tidak kisah turun naik mahkamah beberapa kali pun, demi maruah saya dan mendedahkan perkara sebenar,” katanya. Malah isterinya juga turut ditipu oleh wanita yang sama sebelum ini.
Jika begitulah perjuangan Shahz, semoga satu hari nanti, keadilan akan menemuinya jalannya sendiri. Semoga perjalanan kes itu nanti akan berakhir dengan perkara yang positif dan baik-baik belaka. (rtky/s)

0 Response to "Shahz Jaszle Akui Kerjaya Suram Kerana Kes Khalwat"

Post a Comment