Fad Bocey Perjelas Sebab Mengapa Tidak Kongsi Gambar Anak
Selamat melahirkan anak sulung kembar lelaki pada 11 Disember lalu, penghibur dan juga pelakon Fad Bocey mempunyai sebab tersendiri mengapa sehingga kini dia masih belum berkongsikan gambar cahaya matanya itu.
“Anak kembar saya lahir di minggu yang ke 34 dan masih belum matang. Jadi, mereka ditempatkan di inkubator terlebih dahulu. Sebab itulah saya tidak berkongsi gambar anak-anak saya. Pada awalnya, kami dapatkan nasihat doktor kerana isteri mahu melahirkan bayi secara normal”
“Namun begitu, kedudukan bayi pertama saya sudah berada di bawah dan bayi kedua sudah berada di atas. Untuk mengelakkan isteri saya merasai kesakitan sebanyak dua kali, doktor nasihatkan untuk isteri saya menjalani pembedahan caesarean”
Mengakui kekok memegang bayinya yang baru sahaja lahir, namun Fad menjelaskan dia perlu membiasakan diri dengan keadaan tersebut. Semoga keluarga Fad akan terus bahagia dan sihat sejahtera semuanya. (rtky/s)
0 Response to "Fad Bocey Perjelas Sebab Mengapa Tidak Kongsi Gambar Anak"
Post a Comment