Rumah Tangga Fasha Sandha Bergolak?
Terkejut juga kami apabila membaca laporan terbaru Berita Harian hari ini yang mengatakan rumahtangga pelakon popular Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai kini sedang bergolak.
Fasha Sandha dikatakan sudah pergi ke pejabat agama dan bakal ke mahkamah tidak lama lagi ekoran masalah rumahtagga beliau ini yang disebabkan oleh campur tangan pihak ketiga.
Laporan turut ada menyebut yang perkara ini juga melibatkan bekas isteri Jejai iaitu Nora Danish namun tidak ada maklumat lanjut berkenaan perkara itu.
Satu status yang dimuat naik oleh Fasha Sandha menerusi Instagram baru baru ini turut menimbulkan tanda tanya. Ianay berbunyi “Semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak anak untuk mengharungi segala galanya”.
Fasha Sandha & Jejai berkahwin pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua orang anak. (rtky/m)
0 Response to "Rumah Tangga Fasha Sandha Bergolak?"
Post a Comment